Wednesday 5 January 2011

Khasiat Pisang

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuK. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “ sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian antaranya ;-

Stress

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita respon secara otomatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga.

Masalah prostat

Sewaktu seorang lelaki mula memasuki usia 50'an, boleh dikatakan hampir setengah lelaki akan mengalami masalah 'pembuangan air kencing' atau 'urination problem'. Tetapi ironisnya, sebahagian besar lelaki tersebut, tidak menyedari bahawa gangguan air kencing tersebut adalah tanda awal bahawa mereka sudah mula memasuki usia tua.
Masalah kadang-kadang mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah pembengkakan prostat atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'prostatitis'
Pembesaran dan pembengkakkan prostat tidak saja membuat pesakit tidak selesa sewaktu mebuang air kecil, tetapi juga mengundang masalah gangguan yang lebih serius saperti boleh menyebabkan penyakit buah pinggang atau kanser prostat.